Metodologi Dan Sumbangan Al-Imam Ibn Daqiq Al-ʻEid: Kajian Terhadap Karya Al-Ilmam Bi-Ahadith Al-Ahkam
Keywords:
Metodologi; Sumbangan; Al-Imam Ibn Daqiq al-ʻEid; Al-Ilmam bi-Ahadith al-AhkamAbstract
Al-Imam Ibn Daqiq al-ʻEid (625-702H) terkenal sebagai tokoh ulama di zamanya. Menguasai pelbagai bidang seperti hadith, akidah, tafsir, fiqh yang memberi sumbangan begitu besar dalam bidang kepakaran dan keilmuan hadith. Walau bagaimanapun, pengkaji terinspirasi dengan karya beliau berjudul Al-Ilmam bi-Ahadith al-Ahkam dengan menganalisis metodologi dan sumbangan beliau dalam menghimpunkan hadith-hadith pilihan berdasarkan hukum-hukum fiqh. Oleh itu, dalam artikel ini pengkaji menganalisis metodologi karya Al-Ilmam bi-Ahadith al-Ahkam dan sumbangan beliau dalam keilmuan Islam dalam bidang hadith. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah pengumpulan data kepustakaan daripada sumber-sumber penulisan seperti artikel, jurnal dan bahan penulisan yang berkaitan dengan tajuk kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa nilaian masa begitu berharga dan kesungguhan tokoh-tokoh ulama silam sepanjang hayat mereka dalam memastikan kepakaran bidang ilmu Islam dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini.
Downloads
References
Daqiq al-‘Id, M. A. (2009). Syarah al-Ilmam bi ahadith al-Ahkam. Cetakan Kedua. Syria: Dar al-Nawadir.
Daqiq al-‘Id, M. A. (2013). Al-Ilmam bi ahadith al-Ahkam wa-Maʻahu Ḥāshiyat Shams al-Dīn ibn ʻAbd al-Hādī. Cetakan Kedua. Syria: Dar al-Nawadir.
Istiqomah, M. (2022). Konsep Pendidikan Agama Islam: Iman Islam Ihsan Syarah Arbain Nawawi Karya Imam An Nawawi dan Syarhul Arba’ina Haditsan An Nawawi karya Ibnu Daqiqiel ‘Ied.
Nuriyah, S. S. L. (2020). Biografi Ibnu Daqiq al-Ied. Sanad Media. https://shorturl.at/bc9fi.
Putra, F. S. (2020). Metode Pemikiran Ibn Daqiq Al-‘Eid Dalam Bidang Fiqh Munakahah. Journal of Hupo_Linea, 1(1), 54-63.
Subkī, A. T. (1992). Ṭabaqāt al-Shāfiʻīyah al-Kubrá. Cetakan Kedua. Hajar lil-Ṭibāʻah wa-al-Nashr wa-al-Tawzīʻ
Syariff, A. A. U. Kitab Hadith dan Syarah Hadith. https://shorturl.at/tXOr8.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 KHALILULLAH AMIN AHMAD

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.


